Skip to main content

Skuad Boling Negara Dibenarkan Berlatih Semula

 

KUALA LUMPUR: Skuad boling negara menerima perkhabaran gembira apabila mereka kini diberikan lampu hijau untuk kembali menjalani latihan di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya bermula esok.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

"Ini memang satu berita yang ditunggu-tunggu atlet. Sekarang kami sudah dapat kembali menjalani latihan dan fokus terarah kepada persiapan menghadapi kejohanan.

"Skuad boling sudah lebih sebulan setengah tidak berlatih kerana menjalani kuarantin sejak 27 September susulan seorang pekerja di salah sebuah kedai dalam Sunway Pyramid didapati positif COVID-19," katanya.

Sejak kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya pada 14 Oktober lalu, skuad boling tidak dibenarkan meneruskan latihan.

Ini kerana, latihan yang diadakan di pusat membeli belah itu tidak boleh dianggap sebagai berkuarantin seperti yang dibenarkan terhadap latihan yang dijalankan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

sumber asal : Berita Harian
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/11/753116/skuad-boling-dibenarkan-berlatih-semula?fbclid=IwAR3WoOrsynXhq865XHqPxPmLnd6Cr19kNZjzZGd-B64O8d3mCCwj1nUJmJg

Comments

Popular posts from this blog

Harga Bowling

Lokasi kami terletak di MITC, Ayer Keroh Melaka. Masa operasi kami waktu PKPP dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari. 🔹Sila ikut SOP yang disarankan oleh MKN 🔹Jika anda mempunyai simtom demam,selsema,sakit tekak dan batuk tidak dibenarkan masuk. 🔹Setiap pengunjung perlu memakai *Face Mask* ketika datang dan pulang selepas bermain. 🔹Ketika bermain boleh buka *Face Mask* 🔹Sila amalkan Penjarakkan Sosial (Sosial Distancing) 🔹 Kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan, namun ia dibawah tanggungjawab sendiri jika dibawa. ===================== *HARGA SEWAAN SATU PERMAINAN* *ISNIN-JUMAAT* 🕰10pg-5ptg --------- Dewasa:RM6.50 Ahli:RM5.00 Pelajar:RM5.00 OKU :RM5.00 🕰5ptg-12pg -------- Dewasa:RM7.00 Ahli:RM5.50 OKU:RM5.50 *SABTU & AHAD,Cuti umum* Dewasa:RM8.00 Ahli:RM6.50 OKU:RM5.00 👟 Harga sewaan kasut: RM2.00 🧦 Harga jualan stokin: RM 2.50 #kasut dan stokin wajib ketika bermain ===================== 📣 *PROMOSI TERKINI* update 1.9.2020 *SEMPENA PKPP* RM 12 untuk 3 per...

Selamat Ulang Tahun Kumpulan Melaka Berhad(KMB) ke 26 tahun

Selamat Ulang Tahun Kumpulan Melaka Berhad(KMB) ke 26 tahun kepada kepimpinan dan warga kerja KMB. Semoga bisnes terus maju dan berjaya. "Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia" #melakainternationalbowlingcentre #Melaka #bowling #bowlingtime #MIBC #WeLoveMIBC #KamiSukaMIBC LIKE FB kami https://www.facebook.com/mibc.bowling atau layari Blog Kami: http://mibcbowling@blogspot.com SUBCRIBE Telegram kami https://t.me/mibcbowling

Pematuhan SOP COVID-19 keutamaan MIBC

By   Saliawati Salberi  - November 10, 2020 AYER KEROH 10 Nov. –  Pengurusan Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) memberi jaminan keselamatan dan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) dalam kalangan pengunjung menjadi keutamaan pihaknya dalam mencegah penularan COVID-19. Pengurus Besarnya Mohd Fasarul Md Isa berkata, sejak dibuka selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun lalu pihaknya sudah menyediakan garis panduan dan SOP seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau berkata, bagaimanapun selepas diumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kelmarin pihaknya telah memperhalusi dan menambah baik beberapa garis panduan operasi SOP bagi melancarkan operasi MIBC antaranya hanya 80 pemain dibenarkan pada satu masa berbanding 200 pemain sebelum ini. “Sepanjang pelaksanaan PKPB operasi MIBC bermula dari 10 pagi hingga 10 malam dan hanya dua orang pemain sahaja d...